ALeisure Homestay Penang

Seberang Perai, Penang, Malaysia

Guests
Rooms
Adults
Children

Room Types

Available from Mon 03 Aug 2026 to Tue 04 Aug 2026

Apartment

Apartment

Room size: 928 m²/9989 ft² Smoking allowed 2 bedrooms 2 bathrooms
2 guests

About This Hotel

ALeisure Homestay Penang

Asalamualaikum,anda plan untuk bercuti🏝 ke Pualau Pinang ? nak datang sebab ada kenduri kahwin👰🏻🤵🏻? nak datang sebab ada hari graduasi anak 👩🏻‍🎓🧑🏻‍🎓? atau ada kursus ? tapi tiada idea untuk pilih tempat yang bersesuaian dan harga yang berpatutan? Jangan risau, kami ada menyediakan ALeisure Homestay Penang akan membantu anda 😊😊

Anda akan dapat merasai sendiri pengalaman menginap di ALeisure Homestay yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang kerana :

🏙Homestay berkonsepkan seolah-olah dalam rumah sendiri

🏙Homestay berada dalam kawasan yang selamat dikawal rapi 24jam oleh pengawal keselamatan

🏊🏻Terdapat kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa (syarat : memakai pakaian renang sahaja untuk mengelak didenda oleh pihak pentadbiran kondo. RM200 caj akan dikenakan 🙏🏻🙏🏻🙏🏻)

ALeisure Homestay mempunyai :

🏙2 buah bilik (bilik utama terdapat 🛏1 katil queen & 🛏1 katil bertingkat untuk 3 kanak-kanak) & (bilik kedua terdapat 🛏1 katil queen) yang berhawa dingin

📺kemudahan asas seperti LCD, mesin basuh, pemasak elekctrik (induction cooker), cerek, penggoreng dalam (deep fryer), periuk nasi elektrik, set pinggan mangkuk kaca & plastik untuk kanak-kanak juga disediakan
🛁🚿 setiap bilik terdapat bilik air dengan kemudahan air panas serta disediakan sabun mandi & juga shampu.

🎁 ada lagi.. kami juga ada menyediakan toto, tuala mandi, telekung, sejadah. Jangan risau akan kebersihan tuala, telekung mahupun cadar dan selimut kerana kami akan sentiasa memastikan segala kelengkapan yang disediakan dibersihkan setiap kali pengunjung ALeisure Homestay Penang check-out .

🚗1 Parking lot

Kadar sewa hujung minggu :

Harga 1 rumah 💵🏡RM 180/malam (4 dewasa & 5 kanak-kanak)
Harga 1 bilik utama 💵🏘RM150/malam (2 dewasa 3 kanak-kanak)
Harga 1 bilik kedua 💵🏘RM130/malam (2 dewasa 2 kanak-kanak)

Kadar sewa hari bekerja :

Harga 1 rumah 💵🏡RM 150/malam (4 dewasa & 5 kanak-kanak)
Harga 1 bilik utama 💵🏘RM130/malam (2 dewasa 3 kanak-kanak)
Harga 1 bilik kedua 💵🏘RM100/malam
(2 dewasa 2 kanak-kanak)

Anda ada kursus di Pulau Pinang? Mahu sewa rumah yang lengkap segala kemudahan serta selamat dan harga murah yang berpatutan?

Kami juga menawarkan sewa mengikut keperluan anda. 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun 🤭😅 insyALLAH semua pun boleh, jika ada kekosongan 🥰

Kadar sewa 1 bulan : RM1,300 (boleh runding)

Apa yang menarik di 🏘 ALeisure Homestay Penang?

❤️ lupa bawa berus gigi? 😱Econsave cuma di sebelah homestay
❤️ lapaq? 😩Nk makan nasi kandaq🤤? Restoran Subaidah cuma melintas jalan sahaja
❤️ nak beli belah baju raya/jalan anak-anak harga runtuh murah? Design Village 40min je
❤️ tiba-tiba ada kecemasan 🤒🤕😷, 🏨 Bagan Specialist 5 min
❤️ teringin nak naik feri 🛳, 3 min je
❤️ nak naik ETS 🚅🚉 pun dekat je Penang Central 3 min jugk 😅
❤️ nak p Pulau nak JJCM atau p Bukit Bendera guna Jambatan Pertama, cuma 10 min je
❤️ nak ke mana-mana pun senang sebabnya ALeisure Homestay Penang terletak dipertengahan perjalanan antara Bandar Butterworth & Bandar Georgetown 🥰. Nak ke Kedah pun mudah, boleh ikut jalan lama(melalui Kepala Batas) atau highway (Seberang Jaya)... dekat jer

⛔️ Untuk Muslim & Muhrim sahaja!
⛔️ Untuk Muslim Lelaki Maks 5 orang!
⛔️ Untuk Muslimah Wanita Maks 5 orang sahaja!

⏰ Check-in : 2.00 petang
⏰ Check-out : 1.00 petang

😱 murahkan? Apalagi, cepat-cepat hubungi 📞 Nur Eisha 0165921305 atau Wsap 📲0195771405 atau e-mail : [email protected]

What's Included

Check-in/Check-out

Check-in from: 12:00
Check-in until: 13:00
Check-out until: 13:00

The property

Child Policies

Children 0-1 year(s)

Must use an extra bed

Facilities & Amenities

Bedroom
Free WiFi Available throughout
Activities Tennis, Sauna, Gym
Parking Nearby available

Location

Seberang Perai, Penang, Malaysia

Guest Reviews