Haura Residence - Homestay Taiping

Kamunting, Taiping, Malaysia

Guests
Rooms
Adults
Children

Room Types

Available from Mon 06 Jul 2026 to Tue 07 Jul 2026

Home

Home

Room size: 111 m²/1195 ft² 3 bedrooms 1 bathroom
2 guests

About This Hotel

Haura Residence - Homestay Taiping

Haura Residence terletak berhampiran Bandar Taiping dan ditengah-tengah pekan Kamunting.

Rumah ini adalah rumah teres setingkat yang mampu memuatkan 2 buah kereta bersaiz sederhana. Secara keseluruhannya terdapat 3 bilik dalam rumah ini.

1. Porch
- Sesuai untuk 2 buah kereta bersaiz sederhana

2. Ruang Tamu
- Sofa L yang selesa dan boleh diubah untuk merehatkan kaki anda selepas penat seharian berjalan di Bandar Taiping.
- WiFi dengan kelajuan sehingga 30 Mbps Unlimited.
- Ruangan TV juga  mempunyai saluran Netflix PERCUMA untuk keseronokan tontonan yang maksimum (Yuhuuu).
- Bosan dengan Netflix? Anda boleh melayari YouTube melalui Android Box yang disediakan.

3. Ruangan makan
- Meja makan dengan 6 tempat duduk disediakan
- Set pinggan disediakan untuk kemudahan tetamu (jangan lupa untuk mencuci pinggan selepas penggunaan).

4. Dapur
- Semua peralatan asas di dapur boleh digunakan oleh tetamu.
- Senarai item:
i. Peti sejuk
ii. Cerek elektrik
iii. Dapur gas jenis kaca
iv. Periuk dan kuali
v. Gula dan teh turut disediakan.

5. Bilik Tidur Utama
- Penyaman udara 1.0Hp
- Katil saiz queen

6. Bilik Tidur 2
- Penyaman udara 1.0Hp
- Katil saiz queen

7. Bilik Tidur Single
- Tiada penyaman udara
- Kipas siling disediakan.
- Katil single yang selesa.

8. Bilik Mandi
- Gel mandian dan syampu disediakan.

9. Ruang Santai
- Kerusi malas dengan lampu membaca untuk anda berehat melayari internet atau membaca.
-Bahan bacaan turut disediakan.

10. 1 set tilam tambahan atau toto disediakan didalam almari pakaian bilik no. 2

Panduan untuk daftar masuk dan keluar disediakan untuk membolehkan akses mudah ke Haura Residence.
Anda boleh menghubungi saya samaada melalui whatsapp, call atau SMS sepanjang masa.

tel 0134550156

1. MEROKOK adalah DILARANG sama sekali di dalam rumah.
2. Minuman keras atau BERALKOHOL DILARANG dibawa masuk ke dalam rumah.
3. Makanan berstatus NON-HALAL TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam rumah.
4. Sila tinggalkan kasut anda di luar pintu rumah.
5. HAIWAN PELIHARAAN DILARANG untuk dibawa masuk ke dalam rumah atau kawasan rumah.
6. Tidak dibenarkan BBQ samaada di luar atau di dalam rumah

What's Included

Check-in/Check-out

Check-in from: 15:00
Check-in until: 23:00
Check-out until: 12:00

The property

Facilities & Amenities

Free WiFi Available throughout
Activities Tennis, Sauna, Gym
Parking Nearby available

Highlights

Local Culture

Taiping Lake Gardens

Sights and Monuments

Perak Museum

Location

Kamunting, Taiping, Malaysia

Guest Reviews

9.4

Exceptional

Guest score out of 10